Technology · Digital · Creative

Kami bina website, aplikasi dan sistem kerja untuk syarikat anda.

MEGTRAS bantu bisnes Malaysia kelihatan lebih dipercayai dan berjalan lebih teratur. Website untuk orang lihat, sistem untuk kerja harian anda.

Terokai Website

Dari pandangan pertama
hingga operasi harian.

Pengalaman
12 tahun
Website siap
5 hari
Harga bermula
RM1,800
Lihat hasil kerja

Portfolio kami

Bisnes sebenar. Website dan aplikasi hasil kerja kami.

Website pelanggan, aplikasi kerja dan produk SaaS kami sendiri. Pilihan hasil kerja digital yang kami reka dan bina di Megtras.

jobtras.megtras.com
Landing page Jobtras dengan ciri produk, pratonton sistem dan pilihan pelan

01 / Produk Megtras · Landing page SaaS

Jobtras

Website produk untuk platform pengurusan kerja kami sendiri. Ia memperkenalkan aliran kerja, memaparkan sistem dan membantu pasukan servis membandingkan pelan.

  • Pengenalan produk
  • Perbandingan pelan
  • English & BM
genplusaircond.my
Website GenPlus Aircond dengan paparan utama hijau Cooler, Cleaner, Better dan servis penyaman udara

03 / Servis penyaman udara

GenPlus Aircond

Website servis yang membantu pemilik rumah dan bisnes semak masalah aircond, bandingkan pakej servis dan aturkan pemeriksaan.

  • Pakej servis
  • Semakan simptom
  • Bahasa Melayu & Inggeris
genplusaircond.my/app
Pratonton dashboard GenPlus Job Management berdasarkan rujukan dengan ringkasan tugas, metrik cawangan dan ilustrasi peta penjejakan

04 / Job Management · Aplikasi PWA

GenPlus Job Management

Aplikasi PWA pengurusan kerja untuk GenPlus yang menyatukan job, janji temu, penjejakan juruteknik, pelanggan, inventori dan pengurusan cawangan.

Pratonton antara muka dibina berdasarkan screenshot rujukan. Akses aplikasi memerlukan log masuk.

  • Penjadualan job
  • Penjejakan juruteknik
  • Pelbagai cawangan
  • PWA

Platform Megtras

Platform SaaS yang kami bina dan jalankan sendiri.

Selain projek untuk pelanggan, Megtras membangunkan platform sendiri untuk masalah yang berulang dalam banyak bisnes. Setiap platform ada laman sendiri dengan maklumat penuh. Buat masa ini, Jobtras sedang giat dibangunkan.

Jobtras by MegtrasSedang dibangunkan

Jobtras

Pengurusan kerja servis

Jobtras membantu bisnes servis mengurus kerja harian. Tetapkan janji temu, agihkan pasukan dan rekod hasil kerja dalam sistem yang sama, supaya pasukan tak perlu tanya perkara yang sama berkali-kali.

Jadual kerja
Tahu siapa buat kerja apa.
Rekod pelanggan
Datang dengan maklumat lengkap.
Gambar & laporan
Ada rekod bila kerja siap.
Bayaran kerja
Semak kerja yang dah dibayar.

Sesuai untuk

  • Servis penghawa dingin
  • Penyelenggaraan
  • Pemasangan
  • Pembaikan
Lawati Jobtrasjobtras.megtras.com
Paparan dashboard tugasan Jobtras di komputer dengan data kerja rekaan
Paparan tugasan Jobtras di telefon dengan data kerja rekaan
Pratonton antaramuka terdahulu dengan data kerja dan pelanggan rekaan. Paparan Jobtras terkini akan menyusul.

Harga

Harga pakej

Harga jelas dari awal, tiada kos tersembunyi. Bayaran 70 peratus deposit sebelum mula dan 30 peratus bila siap.

Website

Landing Page

RM1,800

Siap dalam 5 hingga 7 hari

  • 5 hingga 7 halaman
  • Pilih dari template sedia ada
  • Tukar kandungan, gambar dan warna
  • Borang hubungi dan butang WhatsApp
  • Domain dan hosting tahun pertama
  • SEO asas dan Google Analytics
Pilih pakej
Paling banyak dipilih

Website Korporat

RM4,800

Siap dalam 10 hingga 14 hari

  • Reka bentuk khas ikut jenama anda
  • Sehingga 12 halaman
  • Halaman servis dan portfolio
  • Blog atau berita syarikat
  • SEO lanjut dan Google Analytics
  • Latihan kemas kini sendiri
Pilih pakej

Website dan Admin

RM8,800

Siap dalam 3 hingga 4 minggu

  • Semua dalam pakej korporat
  • Panel admin sendiri
  • Borang lanjut dan pangkalan data
  • Sistem tempahan atau pertanyaan
  • Laporan dan muat turun data
  • Dwibahasa Melayu dan Inggeris
Pilih pakej

Aplikasi dan sistem

Web Application

Dari RM12,000

Skop ditetapkan selepas perbincangan

  • Sistem dalam pelayar untuk pasukan anda
  • Pengguna dan peranan berbeza
  • Pangkalan data dan laporan
  • Hosting dan SSL disediakan
Minta sebut harga

Mobile Application

Dari RM18,000

Android dan iOS

  • Satu aplikasi untuk dua platform
  • Notifikasi terus kepada pengguna
  • Guna kamera, lokasi dan fail
  • Bantuan hantar ke Play Store dan App Store
Minta sebut harga

Penyelenggaraan bulanan

Dari RM500

Bermula selepas serahan

  • Hosting, domain dan SSL
  • Backup berjadual
  • Kemas kini keselamatan
  • Sokongan teknikal bila perlu
Tanya lanjut

Harga di atas untuk skop standard. Kalau projek anda lebih besar atau perlu disambung dengan sistem sedia ada, hantar keperluan anda dan kami sediakan sebut harga khas.

Template

Template siap, tukar kandungan sahaja

Reka bentuk sudah siap dan sudah diuji. Anda pilih satu, kami tukar kandungan, gambar dan warna ikut syarikat anda. Struktur kekal, jadi kerja siap cepat dan kos jadi rendah.

Landing page Jobtras dengan ciri produk, pratonton sistem dan pilihan pelan

Jobtras — Landing Page SaaS

Asas reka bentuk website perisian atau produk anda, dengan ciri, pratonton skrin, perbandingan pelan dan FAQ. Reka bentuk website sahaja; aplikasi dan langganan Jobtras berasingan.

Lihat website sebenar

Dari RM1,800

Pilih template
Pratonton demo website servis rumah SenangFix

SenangFix — Website Servis

Website untuk perniagaan servis, dengan senarai perkhidmatan, maklumat syarikat dan butang WhatsApp.

Lihat demo

Dari RM1,800

Pilih template
Pratonton demo kedai online Jemaz Decor untuk barangan rumah dan dapur

Jemaz Decor — Kedai Online

Kedai online lengkap dengan katalog produk, carian, troli, checkout dan tempahan melalui WhatsApp.

Lihat demo

Dari RM4,800

Pilih template

Pilih template yang anda suka, hantar isi kandungan, dan kami siapkan dalam masa singkat. Anda cuma perlu tinggalkan nama dan nombor telefon.

Cara kerja

Cara kerja kami

Empat langkah, tiada proses berbelit.

1

Berbual dahulu

Ceritakan bisnes dan masalah anda melalui WhatsApp atau borang. Percuma, tiada ikatan.

2

Sebut harga dan skop

Kami hantar senarai kerja, harga dan tarikh siap dalam dua hari bekerja.

3

Bina dan semak

Anda lihat kemajuan sepanjang kerja dan boleh minta pembetulan sebelum siap.

4

Serah dan latih

Kami serah sistem, ajar pasukan anda guna, dan sokong selepas serahan.

Soalan lazim

Soalan lazim

Kalau soalan anda tiada di sini, terus WhatsApp kami.

Apa sebenarnya yang MEGTRAS buat?

Kami bina website syarikat, kedai e-commerce, web application dan mobile application. Kami juga reka email EDM untuk promosi, pengumuman dan newsletter, serta membangunkan Jobtras, sistem pengurusan kerja servis kami sendiri. Template website dan EDM juga tersedia sebagai asas reka bentuk.

Berapa lama satu website siap?

Template siap 5 hingga 7 hari. Website korporat 10 hingga 14 hari. Website dengan admin 3 hingga 4 minggu. Kiraan hari bermula selepas kandungan dan bayaran deposit diterima.

Apa itu Jobtras?

Jobtras ialah platform SaaS pengurusan kerja servis yang dibangunkan oleh Megtras, untuk bisnes yang menghantar pasukan ke lokasi pelanggan seperti servis penghawa dingin, penyelenggaraan, pemasangan dan pembaikan. Jobtras sedang giat dibangunkan. Maklumat penuh, termasuk pelan dan harga, ada di jobtras.megtras.com.

Saya sudah ada website. Boleh ambil alih?

Boleh. Kami semak dahulu apa yang sedia ada, kemudian cadangkan sama ada lebih berbaloi untuk perbaiki, tambah, atau bina semula. Kami beritahu awal yang mana pilihan paling murah untuk anda.

Domain dan hosting termasuk sekali?

Ya, tahun pertama termasuk untuk semua pakej website. Selepas tahun pertama ada pilihan penyelenggaraan bulanan bermula RM500 yang meliputi hosting, domain, backup dan kemas kini keselamatan.

MEGTRAS di mana dan boleh jumpa?

Kami di Cyberjaya, Selangor dan melayani pelanggan seluruh Malaysia. Boleh jumpa bersemuka atau berbincang dalam talian, ikut mana yang senang untuk anda.

Bagaimana cara pembayaran?

Bayaran 70 peratus deposit sebelum kerja bermula dan 30 peratus bila siap. Untuk projek besar boleh dipecahkan ikut fasa. Invois dan resit rasmi disediakan untuk rekod syarikat anda.

Hubungi

Hubungi kami

Isi borang atau terus WhatsApp kami. Kami balas dalam waktu kerja, biasanya pada hari yang sama.

Hantar melalui WhatsApp
WhatsApp
017-607 9361
Telefon
017-607 9361
Emel
whmmegtras@gmail.com
Kawasan
Cyberjaya, Selangor. Melayani seluruh Malaysia.